Monday, August 22, 2011

KEKASIH SEJATI,KEKASIH HATI, DAN KEKASIH ALLAH....


1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
menjadi impiannya.



3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.



7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.



13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

p/s : utk dia yg tersyg, syg awaakk selalu~~ heee

AnDai LeLaKi taHu....(*_*)


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.


Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.


9 Sebab Hati Tidak Berasa Tenang n Bahagia,,,


Antara mazmummah yg mnghilangkan kebahagiaan dlam dri,,,

1. Pemarah
> Paling mudah dikesan atau dilihat & paling banyak dalam dari manusia. 
> Orang seperti ini jarang mendapat kawan & hati tentunya x tenang.

2. Pendendam
> Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar dlm dada.
> Orang spt ini sntiasa mncari2 peluang untuk mmbalas dendam hatta secara yg kecil sekalipun spt sakitkan hati atau tempelak org yg d dendami itu.
> Hati2 kerana sikap begini boleh membawa kpd pnyakit yg lbih serius spt sakit jntung n sebagainya.

3. Hasad dengki
> Amalannya hangus akibat hasad dengki itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil
 > Sentiasa merasakan org lain menginginkan harta, kesenangan, pgkat n lain2 dri drinya.
> Sesungguhnya ALLAH lebih sygkan org yg fasiq tetapi pemurah tetapi benci org yg abid tetapi bakhil.
> Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap mmberi manfaat pd org lain kerana kdng kala rezeki itu ALLAH beri melalui mahkluk.

5. Tamak
> Org yg x puas hati dgn harta yg byk krna dunia ini ibarat meminum air laut.
> Walau brapa yg diminum tetap x akan kehabisan.
> Perlu diingati yg di katakan harta atau rezeki kita bila ia di pakai atau di gunakan oleh kita.
> Selagi x di guna iaitu disimpan, itu belum boleh di katakan harta kita. ( mungkin ada hak org lain dalam harta tersebut).
> Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mmberikan keberkatan iaitu dpt di manfaatkan.

6. Tidak Sabar
> Andainya perkara yg kecil pun x boleh bersabar apatah lg hal2 yg lebih besar.

7. Ego
> Ibu segala mazmummah, jadi ia membuatkan seseorg paling berasa x tenang.
> Org yg memiliki sifat ini pantang tercabar dri sudut zahir mahupun batin.

8. Riak
  > Terseksa sendri kerana sentiasa tercari2 peluang utk di puji.
> Jika di puji, dia akan menambah amalnya tetapi jika di keji dia akan mengurangkan amalnya.
> - ALLAH marah kalau kita riak n takabbur -

9. Cinta Dunia
  > Terlalu mengejar dunia hingga lupa akan tanggungjawab terhadap ALLAH SWT.
> Terlalu mengejar harta hingga mengabaikan keperluan yg lain.
> Org begini x berasa nikmat syukur kerana jarang sekali mereka bersyukur dgn dgn apa yg diberikan oleh ALLAH SWT.
> Sentiasa berasakan harta yg diperoleh itu x mencukupi. 

sama2 la kite beramal,,,,n_n
 keindahan dan kedamaian yg dicipta oleh ALLAH swt,,,

fiNaL exam!!!!!!!!

pening2!!
xsuke tgok jadual dy,,, hurmmm

nk wat gane, time jela~~
G STUDY LA NUH!!!
ape la,,, eeeiiiii geramnye geramnye.... huh!!

nk menjerit ase... aaarrrrggghhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!


my schedule~~ >_<

selamat tggal nisa n eika~~
sem ney gua cabut awal okeyh!! haha :P

Sunday, August 21, 2011

jelus~~ hehe

hikhikhik
nk ketawa la~~ suke2!!
suke sbb cik anisah abdull razak jeles ngan sy~~ hahaah

dy jeles sbb kt favicon icon blog sy, sy tkar pic sy ngan someone~~
dy nk jugak,,, hahaha
tp, dy buat x menjdi,, hohoho
"ur image is not square"
rejected!! hahaha
sory nis.. :p

nah anisah!! ak tlg msukkan pic ko erk... hehehe
hunny bunny cubby mubby,,, muaks3!! hehe
so sweet~~ :p

makin hari makin sayang~~

salam~

terasa rindu la plak~` hehe
gedix ssuh la,,, hehe :p
makin syg sgt2 kt dy,, hurrmmmm :(

awak tuuu, kalo awk bce post ney kan, ketahui la bahawasanya sy mmg syg kt awk,, :p
tetibe tringat time ngorat awk dlu,,, hahaha
gedixs!! :P
(malu sndri sya >_<)


sy syukur sgt2 taw, sbb ALLAH bg sy pluang tuk mnyayangi awk...
n sy berharap n berdoa agar ALLAH swt bg sy pluang tuk memiliki n menyayangi awk 4 ever...
syg awk ketat2~~ hehe :D

suke sgt usik awk ngan edit pic2... hehehe
hahaha
awakkkk!! tgok ney, tgok ney,,, mmg berani sungguh sy upload pic ney,,, :p

sory bro upload pic ney,, hikhik

Tuesday, August 16, 2011

10 tips utk memikat LeLaki~~

special offer for those yg blom berpunya~~
:) :D

disini sy sertakan tips2 tuk memikat sang arjuna hati.... :)


  1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
  2. Pandai memasak adalah ciri2 utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
  3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
  4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
  5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lekukan apa yang dia tidak suka.
  6. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
  7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan berlemah lembut.
  8. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
  9. Jangan terlalu mengokong.
  10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.


p/s:: yg da ad tuu, sygilah insan yg ter syg okeyh!!
dont play2,,,hehe
:D
luv u, luv u... muah3!! hikhikhik :p

Thursday, August 11, 2011

pROjek~~ hehe

ok fine~
dis time marketing subject meminta tuk buat asgnment sal product yg blom d komersialkan...
so grup ak memilih product TERBAAIIKKK di tmpat kelahiran ak iaitu BB Roti Bakery,,,hehe
ney signboard dy,,huhuhuhu
yg penting KETEREH tu kna ad..haha :PP
kilang ney adalah projek kerajaan persekutuan~~ :)

ok now lets move to another info..
ney dikenali sbg doh roti yg blom d bakr..
here i show to all of u the machine that they use to baked the bread.. :)
so antique

here the finished goods~~
mcm2 jenis ad...hehe
roti kacang~~
roti john~~
roti butuq~~ hehe
roti bata~~
hanya ney saje yg dapat drakam wat mse skunk.. :p
any new info will inform latter... :)